Friday, September 27, 2013

MENAWARKAN DIRI BAGI CALON AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MARAN TAHUN 2013























Assalamualaikum.. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.. 

Saya Mohd Muzri bin Mohd Arifin dengan rasa rendah diri saya menawarkan diri untuk bertanding AJK Pemuda UMNO Bahagian Maran". 


Dengan menawarkan diri untuk bertanding sebagai AJK pemuda UMNO Bahagian Maran saya mempunyai misi dan visi..  Agenda paling penting adalah berkaitan isu orang muda pilihnaraya ke-13.. (menarik minat golongan muda & tapak/saham generasi ke-2) Insyaalah saya akan huraikan beberapa misi penting dalam perjuangan yang saya akan bawa dalam artikel/posting akan datang.


Menjadi ahli UMNO semenjak 12.06.2002 (lebih 11 tahun), saya memegang jawatan sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Kampung Sentosa(4 tahun), kemudian dilantik menjadi Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Sentosa. (4 tahun) Pelbagai perkara saya belajar dari UMNO dan banyak selok belok perjuangan UMNO yang saya dapat lihat. Ada pelbagai perkara yang PRO dan CONTRA nya.



Diharap saya mendapat sokongan rakan-rakan semua demi perjuangan yang belum selesai. Kepada semua calon-calon sama ada di peringkat bahagian atau pusat, saya ucapkan selamat bertanding dan elakkan perpecahan di dalam UMNO.. Ianya tidak membawa apa-apa keuntungan dan bekerja lah dalam kumpulan untuk membentuk satu kekuatan..!!